10 April 2009

Mimpi Di Kala Matahari Tegak

Semua orang ada impian sendiri kan?
Begitu jua dengan aku.
Aku mempunyai 2 impian yang cukup besar.
Angan aku setinngi burung di langit namun tidak sebebas aku untuk membuat keputusan untuk membuat angan itu menjadi realiti.
Pelbagai halangan fizikal dan mental untuk ku mencapai anganku
Impian ku memerlukan bakat
bakat yang boleh diasah



Penyanyi akustik

yah, itu impian pertama aku. Penyanyi akustik dengan gitarnya sendiri. Busking disana sini
menghibur kan hati sendiri dan orang tersendiri
Disini aku memerlukan beberapa bakat seperti suara yang uniq,merdu atau lunak
aku jugak perlu mahir bermain gitar
dan takkan aku nak nyanyi lagu orang? jadi aku kene buat lagu sendiri
bakat orang dinilai dari kecil
Huh! Apa yang kau tahu ha Wahai anak bongsu Hj Samsuddin??
Kau ni takde faedah langsung, apapun tak boleh buat, dahlah bodoh, takda bakat pulak tu,malang pulakk.





Pelukis Abtrak

Yahh! Aku sukakan seni kerana seni itu indah,
Permasalahanya kini otak aku ni selapis
fikiran tak meluas
tak banyak idea
useless brain!


"Dapatkah orang yang biasa dan kurang bernasib baik seperti aku ini tercapai cita-citanya??
Adakah orang seperti aku diberi peluang untuk mengasah bakatnya?
Ya Allah, dariMu aku datang kepadaMu aku pergi
seandai sudah tercatat di Loh Mahfuz aku ini anak yang tiada bakat
aku redha dengan Qada&Qadar Mu"

No comments: